Bengkel Kemahiran dan Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kluster 6
Dayang Nor Asurah binti Haji Meluddin, Ketua Kluster 6 ketika menyampaikan ucapan beliau pada bengkel itu.Bahagian Keugamaan dan Kerohanian, Jabatan Sekolah-Sekolah Kluster 6 telah menganjurkan Program selama 2 hari berturut-turut iaitu Bengkel Kemahiran dan Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 10 dan 11 Februari 2016 bertempat di Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kesihatan di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. |
Bengkel yang pertama kali dianjurkan itu merupakan inisiatif pihak Kluster 6, bertujuan mengetahui sejauhmana penglibatan PIBG dalam membantu meningkatkan akademik pelajar khususnya serta prestasi sekolah amnya.
Selain itu, ia juga sebagai pemudahcara bagi PIBG untuk menyampaikan apa jua permasalahan yang timbul dalam sama-sama mengaktifkan persatuan tersebut di sekolah-sekolah dan juga sebagai mencari jalan penyelesaiannya. Kecemerlangan pelajar banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya adalah penglibatan ibu bapa, guru, rakan sebaya dan persekitaran. |
Demi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik perlu seiring dengan kecemerlangan aspek-aspek yang lain seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, pengurusan diri, akhlak dan personaliti.
Bengkel tersebut juga dihasratkan untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada PIBG dalam bidang kepimpinan dan memotivasikan diri untuk mengaktifkan keahlian serta menambah bilangan PIBG di sekolah-sekolah. |
Peranan PIBG dapat membantu sekolah dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi meningkatkan pembelajaran para pelajar demi merealisasikan matlamat dan hasrat Kementerian Pendidikan ke arah Wawasan 2035 Negara Brunei Darussalam.
|