Huraian Logo Sambutan Hari Kebangsaan Ke 33 Tahun
Huraian TemaMENJAYAKAN WAWASAN NEGARA
Wawasan Negara 2035 adalah gagasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pandangan Baginda yang jauh ke hadapan memastikan Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan; berkemahiran dan berjaya; kehidupan yang berkualiti; dan ekonomi yang dinamik dan berdayatahan. Ke arah mencapai wawasan tersebut, kita bersatu setia kepada raja dan negara; yakin pada nilai-nilai agama Islam; mengamalkan nilai-nilai mulia dan sifat berbaik-baik.
Menjayakan secara literal bermaksud memastikan sesuatu itu berjaya. Dalam tema ini, menjayakan bermaksud setiap rakyat dan penduduk serta segenap sektor dalam pembangunan negara mempunyai peranan dalam memastikan Wawasan Brunei 2035 tercapai dan berjaya.
Justeru itu, dalam memastikan Wawasan Brunei 2035 dikecapi dan berjaya, setiap rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam perlu mengatur langkah dalam menjadikan diri mereka sebagai aset yang berguna dalam agenda pembangunan negara. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan penubuhan Sekretariat Tertinggi Wawasan Brunei 2035 telah menggariskan tiga belas (13) strategi, dua belas (12) hasil pencapaian, dua puluh lapan (28) bidang utama dan tiga puluh tujuh (37) KPI kebangsaan. Usaha-usaha untuk melaksanakan strategi-strategi dalam mencapai matlamat wawasan berkenaan amat giat dilaksanakan di pelbagai peringkat.
Oleh itu, dalam usaha membawa rakyat dan penduduk dalam agenda pembangunan negara melalui strategi Wawasan Negara 2035, amatlah penting bagi setiap rakyat dan penduduk serta agensi-agensi yang terlibat dengan agenda pembangunan negara untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran serta menyediakan diri mereka untuk berperanan dalam pembangunan negara. Peranan mereka termasuk meningkatkan daya saing, inovatif, kreatif, menyokong agenda pembangunan negara, berperanan dalam segenap aspek pembangunan ekonomi, politik, sosio-budaya, keselamatan dan sebagainya.
Amat jelas bahawa survival bangsa dan negara terletak juga kepada rakyat dan penduduk yang beridentiti berteraskan falsafah negara Melayu Islam Beraja. Insya-Allah, dengan pengemblingan usaha-usaha dari pelbagai sektor yang berkepentingan dalam pembangunan negara, negara akan mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 serta Negara Brunei Darussalam akan tetap kekal menjadi sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat, Negara Zikir dan menjadi Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur